KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2022.
Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi simpanan konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah.
Jumlah pembayaran keseluruhan bagi 2022 adalah RM51.14 bilion iaitu RM45.44 bilion untuk simpanan konvensional dan RM5.70 bilion lagi untuk simpanan syariah
Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP pada Sabtu.
Amir Hamzah berkata, pembayaran sebanyak RM51.14 bilion itu akan memberi manfaat kepada lebih 15 juta ahli KWSP termasuk daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan.
Baca artikel lain: Malaysia-UAE sepakat tingkat kerjasama – PM
Menurutnya, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, KWSP akan terus mengutamakan kejayaan jangka panjang dan membina semula simpanan persaraan ahli.
“Pulangan yang kompetitif itu sebahagian besarnya disebabkan oleh strategi menyeluruh KWSP yang menekankan kemampanan pelaburan dan pulangan jangka panjang, selaras dengan Peruntukan Aset Strategik (SAA).
“Portfolio KWSP yang terpelbagai dengan baik dan kecairan yang sihat membantu mengurangkan risiko dan membolehkan dana mengekalkan aset pelaburan melebihi RM1 trilion dan menyampaikan kadar dividen yang dihormati untuk 2022,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Amir Hamzah berkata, beliau percaya simpanan persaraan ahli KWSP akan mendapat manfaat daripada dividen dan prestasi konsistennya terutamanya jika dilihat dari perspektif jangka panjang.
“Pada 31 Disember 2022, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar yang lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh turun naik pasaran yang tinggi dan penilaian yang lebih rendah merentas pasaran ekuiti dan pendapatan tetap,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

