Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz – Dr M

Dari Penulis

SUSULAN permohonan Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang di sini hari ini, Dr Mahathir berkata Mukhriz bebas melakukan apa sahaja untuk parti yang diterajuinya ketika ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

“Negara kita bebas. Dia (Mukhriz) boleh boleh buat apa sahaja, cuma sama ada disambut baik atau tidak, itu soal lain,” katanya mengulas tindakan Mukhriz yang menghantar surat permohonan untuk menyertai PN.

Menurut laporan media, surat berkenaan telah diutuskan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lepas dan turut diberikan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.

Dr Mahathir keluar daripada Pejuang yang diasaskannya pada 10 Feb lepas ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan telah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada 1 Mac lepas.

Dr Mahathir berkata Putra akan dijadikan sebagai platform untuk beliau terus memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This