Banjir Johor: Operasi khas di kawasan kritikal diteruskan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

OPERASI khas di kawasan yang kritikal sedang dan akan diteruskan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah sekali lagi memanggil mesyuarat koordinasi gerak kerja malam tadi.

Kata beliau, mesyuarat tersebut melibatkan pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi di Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor.

Menurut Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, permasalahan dan solusi mengenai operasi khas itu telah diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

“Memandangkan kita telah menerima laporan awal dari Jabatan Meteorologi Malaysia tentang kemungkinan gelombang baharu.

“Ia susulan amaran hujan lebat tahap bahaya di beberapa daerah, adalah menjadi tekad agar persiapan dan penyelarasan sewajarnya dilakukan.

Baca artikel berkaitan: Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

“Mohon semua rakyat Johor untuk sama-sama memohon doa agar Allah SWT mengangkat musibah ini dan semoga ada sinar di sebalik bencana banjir ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), Datuk Noh Ibrahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Kesukarelawanan) Datuk On Jabbar@Jaafar serta pegawai-pegawai daerah dan wakil agensi-agensi terlibat.

Setakat 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 44,860 orang di kesemua 10 daerah di negeri ini dengan Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas dengan 14,030 mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This