Tarik balik Cukai Barangan Mewah, rakyat akan berbelanja di luar negara – Persatuan runcit

Dari Penulis

KERAJAAN digesa memikirkan semula dan menarik balik cadangan untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah kerana ia mungkin menjadikan harga di Malaysia tidak kompetitif, berkemungkinan menghalang ketibaan pelancong dan rakyat akan berbelanja di luar negara.

Beberapa persatuan pusat membeli belah dan peruncit utama menyifatkan langkah itu akan menjadikan rakyat Malaysia tertarik untuk membeli barangan tersebut di luar negara kerana ia lebih murah dan seterusnya menyebabkan berlakunya pengaliran wang keluar negara.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kumpulan persatuan itu berkata, cadangan memperkenalkan cukai itu adalah sesuatu yang merugikan negara.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia, Persatuan Pelancongan BBKLCC Kuala Lumpur, Persatuan Peruncit Jalan Batu, Pertubuhan Peruncit Bumiputra, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Industries Unite, Persatuan Peruncit Malaysia, dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.

“Ini adalah cadangan yang merugikan – kehilangan ketibaan pelancong asing dan kehilangan rakyat Malaysia daripada membeli dalam negara, ditambah pula dengan kehilangan pertukaran asing.

“Walaupun mekanisme boleh direka untuk pelancong asing menuntut balik cukai barangan mewah itu, rakyat Malaysia pula akan tertarik untuk membeli-belah di luar negara,” kata mereka.

BERITA BERKAITAN Belanjawan 2023: Cukai Barangan Mewah, duti eksais produk vape

Jelas mereka, hanya produk mewah yang harganya sangat mahal sepatutnya mencukupi untuk memenuhi kriteria (cukai barangan mewah) jika falsafah ekonomi adalah untuk mengenakan cukai kepada orang kaya.

“Barang-barang besar seperti kereta sukan, motosikal lumba, kapal layar dan kapal terbang boleh dipertimbangkan,” kata mereka, sambil menambah pendekatan holistik harus diambil yang akan mengimbangi antara risiko dan ganjaran serta kesan pengganda melalui aktiviti perniagaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini, dengan nilai tertentu terhad kepada jenis barangan, termasuk jam tangan dan barangan fesyen bagi meningkatkan hasil negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This