Masak Sendiri Rendang Pucuk Ubi Rangup, Buat Stok Puasa

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Untuk membuat rendang pucuk ubi rangup ini, sebaiknya gunakan pucuk ubi jejari kerana ia mudah garing jika digoreng. Teknik membuat sambalnya pula, mesti digoreng sehingga garing. Jika sambal sudah garing, biarkan sambal sejuk terlebih dahulu sebelum digaul dengan ikan bilis dan pucuk ubi, untuk mengekalkan kerangupan. Simpan di dalam bekas, boleh tahan berbulan lamanya.

RENDANG PUCUK UBI RANGUP
BAHAN

2 ikat pucuk ubi jejari
7 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 cm kunyit hidup – kisar
1 cawan santan
15 tangkai cili padi – kisar
300 gm ikan bilis
Minyak masak untuk menggoreng
Garam

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dan pucuk ubi secara berasingan sehingga garing. Asingkan. Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi sehingga garing. Kemudian masukkan santan, kacau perlahan-lahan. Masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah kering, sehingga menjadi sambal.

2.Apabila sambal sudah kering dan garing. Tutupkan api. Biarkan sejuk, barulah digaulkan dengan pucuk ubi dan ikan bilis. Gaul sehingga rata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This