Swiss Roll Polkadot Kesukaan Anak-Anak

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Swiss Roll atau kek gulung sememangnya digemari ramai. Tetapi mungkin ada di antara kita yang tidak tahu cara mudah untuk membuat kek gulung ini. Ada pelbagai cara dan teknik untuk menghasilkan kek swiss roll yang gebu dan lembut. Jom kita cuba, resipi langkah demi langkah ini. Mesti anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Swiss Roll Polkadot
BAHAN A

6 biji kuning telur
150 gm gula kastor
100 ml air
80 ml minyak jagung
160 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN B (meringue)
6 biji putih telur
4 sudu kecil gula kastor
1/8 + 1/8 sudu kecil krim tartar
BAHAN C (BUTTERCREAM)
150 gm mentega
70 gm krimwell
70 gm gula aising- ayak
BAHAN D
Sedikit pewarna strawberi
Sedikit pewarna hijau
Kertas suih

CARA PENYEDIAAN

1. BAHAN A : Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan air, minyak jagung, esen vanila dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan tinggi, sehingga gebu.

2. BAHAN B : Pukul putih telur hingga gebu pada kelajuan tinggi. kemudian masukkan krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Campurkan bahan B dan bahan A secara perlahan-lahan menggunakan teknik kaup balik menggunakan pengaup plastik. Sebatikan adunan sehingga rata.Pukul lagi hingga kembang.

3. Bahagikan sedikit adunan kepada dua bahagian. Adunan yang lebih diketikan.

4. Satu adunan warnakan dengan warna strawberi. Satu adunan lagi, warnakan dengan warna hijau.

5. Ambil kertas surih, letakkan di atas dulang pembakar. Paipkan warna hijau dan warna strawberi di atas kertas mengikut kreativiti anda. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C selama 10 minit. Bakar corak yang dilakar lebih kurang 1 minit di dalam ketuhar.

6. Tuangkan adunan yang selebihnya tadi di atas kertas surih dan ratakan adunan. Bakar lebihan adunan bersama corak selama 10 minit. Sementara itu untuk buttercream, satukan ke semua bahan C. Pukul sehingga kembang.


7. Apabila sudah masak, sejukkan dan sapukan dengan buttercream. Gulung rol swiss dengan kemas dan hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This