PEMBATALAN ceramah penceramah bebas, Ustaz Muhammad Wadi Annuar yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, enakmen tersebut menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor.
Menurut beliau, JAIS mengambil maklum berkaitan hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook Ustaz Wadi Annuar, semalam.
Beliau berkata, hantaran berkenaan kemudiannya telah dikongsi semula oleh Facebook Harakahdaily pada hari sama.
“JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak-pihak tertentu yang membuat hantaran-hantaran kurang tepat tentang prinsipal di media sosial.
“Ia telah mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, pihak berkuasa agama dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Selepas UAI, ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor
Semalam, laman Facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar memaklumkan ceramah di dua lokasi di Selangor pada 10 dan 11 Mac lalu terpaksa dibatalkan.
Dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang.
Bagaimanapun, punca sebenar pembatalan tidak didedahkan.
Sebelum ini, kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan ada 26 Februari di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong juga dibatalkan.
Menurut Facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
JAIS kemudiannya mengesahkan UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

