SEORANG remaja maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi bergesel sesama sendiri ketika berlumba haram awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lokasi perlumbaan di Persiaran Raja Muda Musa pada pukul 1.30 pagi.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa berusia 19 tahun tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh di atas jalan raya.
“Mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seorang mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6.50 pagi dan kakak mangsa telah hadir ke Balai Polis Trafik Klang bagi membuat laporan polis.
Baca : 4 maut, 3 parah motosikal rempuh sesama sendiri
Sementara seorang lagi masih dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Hoong Fong berkata, pihaknya masih mengesan kumpulan lumba haram terbabit untuk dirakam percakapan.
“Kumpulan itu dipercayai lebih daripada 10 orang. Kumpulan berlumba belum dikenal pasti. Kita akan kesan dan panggil untuk dirakam percakapan,” katanya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

