‘Pencarum tak mohon peruntukan RM1 bilion, hanya mahu KWSP dikeluarkan’ – Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

INISIATIF caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pembentangan belanjawan yang lalu hanya memberi manfaat kepada segelintir pencarum sahaja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, hampir 53 peratus penyumbang caruman yang aktif tidak mendapat manfaat daripada pemberian tersebut.

Tegasnya, inisiatif melibatkan peruntukan RM1 bilion itu bukanlah apa yang rakyat dambakan, ini kerana mereka hanya mahu diberikan kebenaran untuk mengeluarkan wang KWSP secara bersasar.

“Golongan pencarum di bawah usia 40 tahun dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bantuan yang sama.

“Sebenarnya tuan Yang Dipertua, pencarum tidak mohon peruntukan RM1 bilion mereka hanya mohon KWSP dibenarkan untuk dikeluarkan secara bersasar.

“Kalau itu diluluskan kerajaan boleh menyelamatkan RM1 bilion dan boleh bagi kepada kawasan-kawasan yang menghadapi banjir,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Shahrizat atau Noraini, biarlah Wanita UMNO sendiri tentukan

Sementara itu, Muhyiddin mencadangkan, kerajaan supaya menyalurkan peruntukan segera sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang kawasan mereka dilanda banjir.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, peruntukan terbabit bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing.

Pada masa sama, beliau mencadangkan kerajaan untuk menaikkan peruntukan bantuan kepada negeri Johor yang teruk dilanda banjir kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan segera sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah pun meluluskan segera peruntukan RM50 juta ke negeri Johor tapi saya cadangkan naik ke RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini adalah amat teruk sama sekali,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This