Shahidan kemuka usul tergempar isu surat RoS, esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat, esok berhubung surat yang dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 sebagai tidak sah.

Perkara tersebut berhubung resolusi UMNO supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Menurut Shahidan, usul tergempar itu akan dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan perlu disegerakan untuk kepentingan orang ramai.

Shahidan berkata, wujud satu surat telah diutuskan RoS kepada UMNO mengatakan bahawa pindaan usul tambahan UMNO yang diputuskan di PAU 2022 adalah tidak sah dan bertentangan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

“RoS telah buat keputusan bahawa keputusan tersebut tidak sah.

“Walau bagaimanapun, kita dengar keputusan menteri melalui media bahawa akan mengecualikan peruntukan ini dan membenarkan jawatan Presiden serta Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Ini pada pandangan kami ialah satu penyalahgunaan kuasa. Saya akan bawa di bawah usul tergempar,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan mengenai surat yang didakwa dikeluarkan RoS berhubung pemilihan UMNO.

Takiyuddin mendakwa, surat itu menyatakan usul tambahan dalam PAU 2022 yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai tidak sah.

Baca artikel berkaitan: Saifuddin diminta jawab isu surat RoS putuskan usul tambahan UMNO tidak sah

Dalam surat bertarikh 2 Mac itu, Takiyuddin mendakwa RoS berpandangan, usul tambahan berkenaan tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

Tegasnya, sekiranya surat itu tulen, ia bertentangan dengan kenyataan media Saifuddin Nasution hari ini, yang memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Saifuddin sebelumnya memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO yang dikatakan dipetik dalam surat RoS yang dibacakan Takiyuddin, memperuntukkan semua jawatan tertinggi UMNO, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, perlu dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian setiap tiga tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This