Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) bersedia membantu Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memberi penerangan berhubung inisiatif Penamat Generasi (GEG).
Presidennya, Roslizawati Md Ali berkata, usaha menyampaikan maklumat dan menjelaskan salah faham terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan GEG akan dilakukan bersama rakan strategik lain.
Hal ini kerana, ujarnya, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat sehingga menimbulkan keresahan dan kebimbangan.
“Isu-isu seperti diskriminasi, kriminalisasi, denda yang tinggi, salah guna kuasa dan sebagainya masih lagi berbangkit terhadap RUU ini.
“Kecelaruan juga sering timbul kerana terdapat intervensi daripada syarikat-syarikat tembakau dan vape yang selalu memutar belitkan fakta dan bukti dapatan kajian sains yang terkini yang boleh mengakibatkan pembuat polisi negara akan terpedaya dengan kenyataan mereka.
“Kerajaan harus berpendirian fikirkan masa depan anak-anak muda generasi akan datang serta tanggungan beban kesihatan negara – look at a win-win situation, health for all, apatah lagi dalam pembentukan masyarakat Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslizawati menegaskan, rakyat termasuk Ahli Parlimen mesti mengetahui RUU yang akan dibentangkan telah berlaku pindaan seperti disyorkan oleh Jawatankuasa (JK) Pilihan Khas Parlimen (PSC).
Baca artikel lain: Saifuddin diminta jawab isu surat RoS putuskan usul tambahan UMNO tidak sah
Namun begitu, jelasnya, isu dibangkit dan beberapa pindaan tidak ditonjolkan di dalam media arus perdana sehingga menyebabkan RUU versi lama masih bermain difikiran rakyat.
“Isu perlembagaan seperti Perkara 5(1) Kebebasan Diri dan Perkara 8(1) Kesamarataan telah diperjelaskan, difahami dan dipersetujui oleh JK PSC, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Larangan pemilikan oleh golongan GEG telah digugurkan, jumlah denda dipinda kepada RM500 sahaja serta menjadikannya kesalahan yang boleh dikompaun,” katanya lagi.
MyWatch menghargai komitmen diberikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam menjayakan agenda ini bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rokok menjelang tahun 2040.
Justeru, MyWATCH sekali lagi menggesa (RUU) Kawalan Produk Tembakau segera dibawa ke Parlimen dan diluluskan demi melindungi generasi akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

