Johor catat FDI RM70.6 bilion, tertinggi seluruh negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JOHOR mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam negara bagi tahun 2022 iaitu berjumlah RM70.6 bilion.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kesemua pelaburan FDI itu akan menghasilkan lebih 12,000 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Johor serta Malaysia secara amnya.

Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kejayaaan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menghargai usaha Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han kerana membantu merealisasikan objektif untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri berkenaan.

“Tidak dilupakan juga kepada pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Johor serta semua agensi-agensi lain di peringkat Persekutuan dan negeri yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan negeri.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023 selari usaha kerajaan pacu ekonomi Malaysia – Khazanah

“Insya-Allah, kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan akan terus mengorak langkah demi memajukan negeri Johor yang kita cintai ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Disember lalu, Johor dilaporkan mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara apabila mencatatkan pelaburan paling tinggi untuk tempoh Januari sehingga September tahun lalu, iaitu sebanyak RM63.9 bilion.

Berdasarkan statistik MIDA, pelaburan yang dicatatkan itu hampir 33 peratus daripada angka pelaburan nasional yang direkodkan iaitu RM193.7 bilion.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This