Kes Muhyiddin: Beri kepercayaan kepada SPRM, sistem perundangan – Rafizi

Dari Penulis

SEMUA pihak digesa memberi kepercayaan kepada sistem perundangan dan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan hanya perlu mengekalkan perspektif supaya tiada campur tangan dalam kes terbabit.

“Saya tidak mahu masuk campur (mengulas penahanan Muhyiddin)… malah ketika menjadi pembangkang, saya terima kes demi kes daripada wistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus bercakap (mendedahkan kes itu) dan hampir membayar harga yang mahal (atas tindakan itu).

“Sekarang sebagai kerajaan, sangat penting untuk saya tidak dekat… untuk memastikan dari perspektif kerajaan supaya kita elakkan sebarang campur tangan.

“Dalam hal ini, biar proses itu berjalan, termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua Jabatan Peringkat Negeri, mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan siasatan SPRM terhadap Muhyiddin dan parti diterajui bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hari ini, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di mahkamah pagi esok.

Muhyiddin dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa beliau tidak campur tangan dalam kes membabitkan Muhyiddin yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kes salah guna dana awam.

Namun, beliau mengakui memang ada memberi arahan kepada semua agensi berkaitan, termasuk SPRM dan Peguam Negara supaya bertindak terhadap kes disyaki ada kaitan dengan salah guna kuasa dan ketirisan dana kerajaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This