Tiga cemas, Mazda CX5 nyaris ditelan air laut Pantai Temalah

Dari Penulis

DUA lelaki bersama seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan, Mazda CX5 yang dinaiki nyaris hanyut di Pantai Temalah, Kuala Sedili Besar, di Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihkanya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dan orang kampung ke lokasi bagi memberi bantuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa berusia 17 hingga 38 tahun menetap di Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan telah sampai ke lokasi pada pukul 2 pagi.

“Pemandu bertindak parkir kereta kira-kira 100 meter dari arah laut semasa air surut.

“Kesemua mangsa bertindak keluar dari kenderaan untuk merakam gambar serta video,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Mayat wanita ditemukan dalam kereta, dipercayai dihanyut arus deras banjir di Mersing

Jelasnya, mangsa kembali semula ke kereta pada pukul 4 pagi dan mendapati kenderaan telah dimasuki air akibat air pasang.

Malah, cubaan membawa keluar kereta gagal apabila tayar kereta telah terbenam ke dalam pasir.

“Kesemua mangsa hadir ke Balai Polis Kuala Sedili bagi membuat laporan polis selepas usaha menarik keluar kereta dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda tidak berhasil,” ujarnya.

Hussin berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menasihatkan orang awam menangguhkan sebarang aktiviti di kawasan laut kerana cuaca monsun timur laut sukar diramal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This