Dua beradik terkunci dalam Perodua Aruz

Dari Penulis

DUA kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan selepas terkunci di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan di Persiaran Putra Indah, Putra Heights, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.30 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 16 minit kemudian mendapati pintu Perodua Aruz telah dibuka dengan menggunakan kunci pendua.

“Mangsa Mohd Anas Khalish Mohd Khairi, 3, dan Mohd Akif Ryyan Mohd Khairi, 16 bulan, telah diselamatkan.

“Hasil pemeriksaan kedua-duanya tidak mengalami sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Bomba selamatkan 15 lelaki terperangkap dalam lif

Katanya, kenderaan tersebut berkemungkinan terkunci secara automatik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis tenaga global: Anwar tegaskan ASEAN perlu bergerak bersama hadapi lonjakan permintaan AI

KRISIS tenaga global yang semakin meruncing susulan ketidaktentuan geopolitik dunia memaksa negara ASEAN mempercepat integrasi tenaga serantau. Perdana Menteri, Datuk...

More Articles Like This