Mara sasar sifar ketirisan dan rasuah – Asyraf Wajdi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan sifar ketirisan dan rasuah dalam pentadbirannya demi memastikan segala usaha yang direncana berjalan lancar.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala aspek pengoperasian di institusi itu juga perlu mengelakkan sebarang bentuk pembaziran.

“Saya tekankan tanggungjawab yang digalas cukup besar kerana organisasi ini begitu penting kepada rakyat untuk membangunkan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi.

“Saranan aspek pengoperasian perlu bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan, korupsi dan juga ketirisan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Baca artikel lain: ‘Saya sangat telus, sedia disiasat pihak polis’ – Ahmad Zahid

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berharap dengan lantikan ini dapat membantu Mara menjadi sebuah organisasi yang lebih baik.

“Amanah ini penting dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar memperoleh kebahagiaan dan ketenangan hidup seluruh anggota keluarga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi Mara yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri sudah menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang dilaksanakan di pejabat kementeriannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This