PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor bersedia membuka pintu kepada bekas pemimpin UMNO sekiranya mampu membantu parti itu menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Memetik laporan BH Online, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari memaklumkan, bekas pemimpin UMNO itu termasuk bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Menurut beliau, Bersatu Selangor juga terbuka untuk mencalonkan individu yang disifatkan boleh menang.
“Itu (penerimaan bekas UMNO dalam BERSATU) belum diputuskan…mungkin ada cakap-cakap mengatakan mereka bersama kita, tetapi buat masa ini belum ada keputusan muktamad tentang calon-calon ini.
“Pokoknya dalam proses menamakan calon ini, kita lihat siapa calon boleh menang. Kalau kita fikirkan calon-calon ini boleh menang dan boleh bantu BERSATU, apa salahnya,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Ahmad Maslan sahkan KJ, Noh Omar dipecat, Hishammuddin digantung!
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.
Laporan polis secara serentak oleh semua 22 Bahagian BERSATU di Selangor berkaitan fitnah dan penganiayaan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU.
Bagaimanapun, Abdul Rashid memaklumkan keputusan sama ada bekas pemimpin UMNO itu akan mewakili Bersatu atau tidak belum lagi diputuskan.
Noh yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu bersama Khairy telah dipecat daripada UMNO atas pelanggaran disiplin parti.
Shahril pula digantung keahlian dalam parti selama enam tahun pada keputusan yang dilaksanakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram