Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

SATU sesi dialog awam telah diadakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), semalam yang disertai lebih 500 orang pemain dan penggiat industri muzik.

Acara julung kali diadakan itu merupakan langkah permulaan bagi menghimpunkan pihak berkepentingan untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif yang berpotensi dalam memajukan industri tersebut.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, di dalam sesi ini juga perbincangan turut diadakan bagi menyelesaikan beberapa masalah berbangkit yang memerlukan tindakan segera daripada kementerian.

“Pemain industri yang turut serta pada sesi ini terdiri daripada para artis, penerbit, pengurus, wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik serta penganjur acara dari seluruh negara.

“KKD tekad membina ekosistem yang kondusif bagi memayungi industri kreatif.

“Kerjasama berterusan dengan pemain dan penggiat industri muzik adalah amat signifikan dalam usaha memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana

Fahmi menambah, kerajaan sentiasa menyatakan komitmen tinggi untuk menyemarakkan industri kreatif negara yang turut mencakupi bidang seni dan budaya.

Justeru, katanya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. akan dibuka mulai 23 Mac ini dan permohonan boleh dibuat melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.

“Saya percaya DKD ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni pasca pandemik COVID-19 untuk menghasilkan karya kreatif berkualiti tinggi yang mampu bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Seramai 13 penerima telah diberi Surat Setuju Terima Dana Persembahan Muzik di bawah inisiatif DKD Industri Muzik Tahun 2022 yang berjumlah RM3.3 juta.

“Selain itu, tiga Badan Pelesenan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Berhad turut menerima Pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik daripada Kerajaan yang berjumlah RM2.18 juta,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram