Farid Kamil enggan lafaz talak, Diana Danielle failkan cerai awal bulan lalu disebabkan ada berlakunya shiqaq

Dari Penulis

INDUSTRI hiburan tanah air hari ini dipanaskan dengan kisah pelakon Diana Danielle memfailkan penceraian terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan lalu.

Difahamkan, permohonan cerai dibuat oleh Diana disebabkan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan (shiqaq) dalam perkahwinan mereka.

Sebutan permohonan cerai itu telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi hari ini.

Walau bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari,42, enggan melafazkan cerai tersebut terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Kes mereka akan disebut semula pada 28 Mac ini. Difahamkan lagi, pasangan itu tidak lagi tidak serumah.

Untuk rekod, Diana dan Farid bernikah pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad,10 dan Aurora yang kini berusia lapan tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This