SEORANG bayi perempuan berjaya diselamatkan selepas terkunci di dalam kereta selama 30 minit di Jalan Sujana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.23 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 10 minit kemudian dan mendapati seorang bayi berusia lima bulan terperangkap dalam kereta Proton Saga.
“Kereta dipercayai terkunci secara automatik setelah ibu bertindak keluar dari kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Dua beradik terkunci dalam Perodua Aruz
Jelasnya, bomba mengambil masa 5 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

