PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) amat dukacita dengan keputusan Perikatan Nasional (PN) kerana menolak permohonan parti itu sebagai komponen gabungan berkenaan.
Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, penolakan tersebut menunjukkan bahawa PN tidak mahu bersatu dalam undi Melayu.
“Pejuang dimaklumkan bahawa semalam Majlis Tertinggi PN telah bermesyuarat untuk antara lainnya membincangkan permohonan pejuang menyertai gabungan itu.
“Pejuang telah dimaklumkan bahawa permohonan ini telah ditolak. Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut pimpinan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Amiruddin memaklumkan, walaupun ditolak, namun parti itu akan sentiasa kekal dalam arena politik negara.
Jelas beliau, Pejuang terus mempertahankan kedaulatan undang-undang dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
“Dengan itu, Pejuang akan terus menggerakkan jentera di kawasan-kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Permohonan Pejuang sertai PN ditolak
Terdahulu, usaha Pejuang untuk menjadi sebahagian daripada ahli komponen PN tidak kesampaian selepas gabungan itu membuat keputusan menolak permohonan.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, keputusan tersebut dibuat Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat semalam.
Kata beliau, mesyuarat itu telah dipengerusikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.
Sebelum ini Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan memberitahu, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin supaya parti itu diterima sebagai anggota komponen.
Menurutnya keputusan untuk membuat permohonan berkenaan telah disepakatkan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang selepas penelitian semua opsyen gabungan dan kerjasama politik yang ada.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

