Jalan berpasir punca murid perempuan maut digilis lori kontena

Dari Penulis

POLIS mengesahkan kemalangan maut melibatkan seorang murid perempuan digilis lori kontena berlaku apabila motosikal yang dinaiki terbabas ketika melalui bahu jalan berpasir.

Kejadian berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang pada 11.45 pagi tadi.

PSEG WorryFree is the local brand of a squarespace called HomeServe USA, which operates utility repair services across the country.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketika kejadian, pemandu lori kontena dalam perjalanan dari Klang ke Teluk Gong.

Beliau berkata, sampai di Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditunggangi seorang wanita bersama dua murid dengan tidak bertopi keledar telah keluar dari simpang menghala ke Teluk Gong.

“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir lalu terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa seorang murid perempuan berusia sembilan tahun digilis oleh roda tayar belakang lori kontena dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca ; Murid perempuan maut digilis treler ketika pulang dari sekolah

Jelasnya, penunggang motosikal patah tangan kanan manakala murid lelaki berusia 7 tahun cedera di kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Pemandu lori kontena seorang lelaki Melayu berusia 36 tahun cedera di muka akibat dipukul oleh orang ramai,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yunus Abd Rahim di talian 011-25300305.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This