Episod 1 : Cara Buat Bubur Som Som Chef Zam. Paling Mudah & Sedap, Wajib Cuba

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Bubur Som-Som antara pemanis mulut yang sering menjadi hidangan istimewa pada bulan Ramadan. Kali ini tak perlu kalut nak ke bazar Ramadan, kita buat sendiri bubur som som. Lebih jimat dan mudah disediakan dengan mengikut langkah dan tip yang dikongsikan oleh Chef Zam. Sedap pulak tu! Masak Kita-Kita Je…

BUBUR SOM-SOM
BAHAN
SOM SOM
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
400 ml santan
8 cawan air
1 sudu besar esen pandan
Secubit garam
BAHAN AIR GULA MELAKA
2 helai daun pandan
250 gm gula Melaka
100 ml air
CARA PENYEDIAAN

  1. SOM SOM : Satukan kesemua bahan di dalam periuk.
  2. Kacau kesemua adunan sehingga sebati. Agar tepung tidak berketul-ketul.
  3. Kemudian masak di atas api kecil, kacau perlahan adunan. Sebaik adunan sebati, kacau laju-laju sehingga adunan
    mendidih atau menggelembung, menandakan som som telah masak. Padamkan api.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas atau acuan. Sejukkan sehingga kental.
  5. AIR GULA MELAKA : Masukkan kesemua bahan air gula ke dalam periuk. Didihkan
    kesemua sehingga gula larut sepenuhnya. Sedia dihidangkan bersama bubur som-som.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This