SELEPAS pengarah sensasi iaitu Syamsul Yusof berkongsi punca mengapa dia menggugurkan nama pelakon Datuk Aaron Aziz daripada membintangi filem The Original Gangster, kini aktor kelahiran Singapura itu pula tampil membidas dan mempertahankan diri.

Menurut Aaron,47, dia mempersoalkan mengenai kenyataan Syamsul yang tidak tahu mengenai masalah kesihatan yang dia alami selama ini.

Jelas Aaron, Syamsul juga sedia maklum mengenai kesihatannya yang terganggu di bahagian leher selepas tiga kali pengarah itu datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai projek terbaharu arahannya.

“Kau datang jumpa sebulan sebelum penggambaran dan agak mustahil aku nak dapatkan bentuk badan yang kau nak, tetapi aku tetap cuba.

“Tiga kali kau datang rumah aku dari tahun 2022 nak bincang fasal KL Gangster tapi rupanya cerita lain yang tengah kau buat.

“Kau datang berbincang. Isteri aku masakkan kuetiau untuk kau…tiga kali kau tambah sebab kau kata sedap. Jangan tipulah kalau kata tak tahu aku sakit.

“Bila tanya filem ni banyak scene fighting atau tak, kau kata filem ni banyak pakai gun (senjata). Kau cakap aku dengan karakter lain banyak guna pistol dan tembakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Slip disc, kenaikan berat badan & pandangan pelakon lain antara faktor Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi The Original Gangster – Syamsul Yusof

Aaron berkongsi perkara berkenaan menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Aaron menyatakan dia telah dihubungi oleh produksi dan dimaklumkan bahawa pihak mereka menyediakan khidmat kareografi.

“Aku tertanya-tanya berapa fight yang aku kena buat. Aku adalah satu-satu pelakon yang terbabit dengan paling banyak membabitkan babak pergaduhan.

“Kau punya kareografer budak lagi lah. Aku dah banyak kerja dengan kareografer yang boleh terima cadangan aku, boleh bertukar-tukar idea.

“Kau punya kareografer tu tak boleh kena tegur, jadi bila aku cakap macam ni ni ni… last-last kau cakap tak boleh,” luahnya.

Menurut pelakon itu, sebelum dia datang ke tempat kareografer berkenaan, dia sudah menjalani latihan setiap hari selama empat jam.

Malah, dia juga sudah memberitahu kepada pihak penerbit bahawa dia telah membakar 1,000 kalori setiap hari sepanjang latihan berjalan.

“Lepas tu kau cakap dengan aku, kau bagi aku gambar dan cakap kau nak badan aku macam ni. Aku reply kalau nak badan macam ni kena cucuk… kau cakap apa? pergi cucuk! Aku pergi cucuk!

“Berapa banyak aku dah pergi cucuk… aku dah cucuk hari-hari macam orang gila… sakit, sakit,” luahnya.

Tambah Aaron, dia ada cuba mengajak Syamsul untuk berjumpa dan bersemuka mengenai kemelut yang bebangkit ketika ini.

Namun, pelawaan Aaron itu disambut hampa apabila suami kepada Puteri Sarah Liyana itu cuba mengelak untuk bertemu dengannya.

“Aku ajak kau jumpa dengan aku, kau tak nak. Bila kau nak, kau datang jumpa aku dengan cara baik. Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah.

“Aku ajak kau jumpa, so kau boleh tengok badan aku dah kurus atau tidak. Aku boleh tunjuk kau aku dah kurus.

“Aku sanggup cakap dengan produser aku sanggup ambil watak yang lebih kecil kalau nak ambil bahagian dalam filem ni,” katanya.

Semalam, Syamsul menyatakan dia merupakan orang terakhir yang mahu menggugurkan Aaron setelah diberitahu bahawa pelakon itu mengalami kenaikan berat badan selain ada masalah kesihatan iaitu slip disc.

Kata Syamsul, dia adalah orang terakhir yang terpaksa menggugurkan nama Aaron.