Dewan Rakyat lulus RUU kesalahan menghendap

Dari Penulis

INDIVIDU yang didapati bersalah melakukan kesalahan menghendap tidak kira lelaki atau wanita kini boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ia selepas Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.

Seksyen itu menyebut sesiapa berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bagi melindungi mangsa kesalahan menghendap, tidak kira wanita mahupun lelaki.

Baca artikel berkaitan: RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak lulus di Dewan Rakyat

“Hukuman ini memadai sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan bagi rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai skop tugas penyiasat persendirian mahupun agensi keselamatan yang antaranya perlu menjalankan tugas menghendap, Ramkarpal berkata kesalahan itu diklasifikasikan mengikut beberapa elemen antaranya menyebabkan perasaan takut terhadap seseorang.

“Sekiranya, pihak polis, MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan pegawai penyiasat menjalankan tugas tanpa pengetahuan siapa mereka siasat dan tiada unsur ketakutan, maka ia bukan tindakan menghendap,” katanya.

Turut diluluskan adalah Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This