RUU had tempoh PM: Keberkesanan bergantung pada reka bentuk perundangan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEBERKESANAN rang undang-undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun atau dua penggal bergantung kepada reka bentuk perundangannya.

Itu pandangan Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli.

Menurut Mohd Yazid, antara yang perlu dilihat adalah sama ada ia dibuat melalui pindaan Perlembagaan.

Hal itu jelas beliau kerana kedudukan Perdana Menteri bersangkut dengan struktur perlembagaan dan konvensyen Kabinet.

Turut dilihat, katanya, bagaimana ia mengurus situasi mendadak seperti Perdana Menteri sementara, penggal terputus akibat hilang majoriti atau pembubaran awal.

“Kenyataan menteri yang mengurus reformasi institusi turut menyebut ia melibatkan pindaan Perlembagaan yang secara praktikal menuntut sokongan politik yang kuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Dalam konteks lebih luas, RUU had penggal ini tidak bergerak bersendirian tetapi diletakkan bersama pakej reformasi tadbir urus lain.

“Ia termasuk pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, undang-undang Ombudsman, serta undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI).

“Ini menggambarkan reformasi struktur diperlukan untuk mengurangkan campur tangan politik, meningkatkan ketelusan sektor awam dan membina semula keyakinan rakyat terhadap institusi. Overall, kita patut sokong,” katanya kepada UtusanTV.

Baca juga: Had tempoh jawatan PM sebahagian agenda reformasi yang lebih besar

RUU had tempoh jawatan PM satu pembaharuan institusi utama negara

Mengulas lanjut, Mohd Yazid berkata, RUU tersebut juga antara pembaharuan institusi utama yang kerajaan mahu bawa dalam sesi Parlimen 2026.

Katanya, ia sangat baik untuk memastikan kuasa tidak berpusat secara melampau kepada satu individu.

Dari sudut rasional dasar pula, jelas beliau, had penggal bertujuan mengurangkan pemusatan kuasa dan risiko incumbency advantage yang terlalu lama, di samping mewujudkan budaya peralihan kepimpinan yang lebih teratur.

“Kita perlukan generasi pelapis yang kuat. Hujah yang sering dibawa ialah: jika tempoh 10 tahun dianggap mencukupi untuk melaksana agenda utama, maka pengehadan ini mendorong perancangan pelapis, pembaharuan dalaman parti/kerajaan, dan mengukuhkan kebertanggungjawaban kepada Parlimen serta rakyat.

“Anwar sendiri mengaitkannya dengan prinsip term limit dan keperluan memberi ruang kepada generasi seterusnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This