Episod 7 : Ringkas & Cepat Udang Galah Bawang Putih Resipi Chef Hamidon

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Resipi ini paling ringkas, cepat dan sangat sedap. Udang Galah Bawang Putih, tak sampai 10 minit siap! Sos diolah dengan menggunakan sardin. Hidangankan buat tetamu yang datang berbuka di rumah.

UDANG GALAH BAWANG PUTIH
BAHAN

5 ekor udang
2 sudu besar mentega
2 sudu besar sardin – hancurkan
6 ulas bawang putih – cincang
3 cm halia – cincang
4 tangkai cili padi – cincang
1 batang serai – cincang
2 tangkai daun ketumbar – cincang
100 ml santan

CARA PENYEDIAAN

  1. Udang digaulkan dengan mentega, bawang putih, serai dan daun ketumbar.
  2. Panaskan kuali, goreng udang yang diperap menggunakan lebihan mentega sehingga masak. Udang akan bertukar warna merah dan sedikit bengkok, jika ia telah masak. Angkat udang dan ketepikan, lebihan tumisan jangan dibuang.
  3. SOS SARDIN : Di dalam kuali, masukkan lebihan tumisan, santan, cili padi dan sardin. Kacau rata. Masukkan sedikit serbuk pati ayam, sebatikan rasa. Sedia dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This