Pelakon Pachara Apin buat tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Pachara Apin atau Nur Aaira Mahdeya, 32, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini, pada jam 10.58 pagi, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Pachara yang juga seorang pelakon, hadir berseorangan dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka turut menyambut sapaan media sebelum bergegas memasuki dewan.

Terdahulu pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Pachara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook pada 30 November tahun lalu.

Dia turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami, selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember tahun lalu, Afiq membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Pasangan itu berkahwin pada 2019, namun belum dikurniakan cahaya mata.

SUMBER : Harian Metro


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This