Penjawat awam Negeri Sembilan terima RM1,000 sempena Aidilfitri

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 14 April ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM3.796 juta.

“Sempena menyambut Aidilfitri, kita setuju berikan bantuan itu kepada semua penjawat awam negeri tidak termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Baca artikel berkaitan: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dibayar 17 April

“Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022 kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar lebih RM400 juta tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak RM31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena Aidilfitri tahun ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This