JPJ sangkal dakwaan sekatan jalan jadi punca kemalangan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyangkal dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa sekatan jalan raya dilaksanakan jabatan tersebut telah mengakibatkan satu kemalangan, empat hari lalu.

JPJ Selangor dalam kenyataan memaklumkan, dakwaan tersebut tular dalam media sosial berserta mel suara yang memaparkan dua orang pegawai JPJ sedang berada berdekatan seorang mangsa yang terbaring di atas jalan raya.

Menurut JPJ Selangor, dua pegawai tersebut sebenarnya telah memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.

Justeru, kemalangan melibatkan penunggang motosikal itu bukanlah disebabkan sekatan jalan raya dilakukan JPJ.

“Situasi sebenar di lapangan ialah pada 28 Mac lalu pukul 5.40 petang, sepasukan anggota JPJ Selangor sedang melakukan rondaan di sekitar KM 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Shah Alam.

“Apabila tiba di tempat kejadian, anggota JPJ tersebut mendapati seorang penunggang motosikal didapati terbaring atas jalan raya akibat kemalangan.

Baca artikel berkaitan: JPJ tambah ciri keselamatan pada aplikasi MyJPJ – Loke

“Tanpa membuang masa, pihak JPJ telah memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas di lokasi dengan meletakkan kon keselamatan serta terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan kecemasan paramedik,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, JPJ Selangor berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan tersebut adalah disebabkan hilang kawalan semasa menunggang lalu terbabas.

Katanya, mangsa kini dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ Selangor menegaskan memandang serius sebarang persepsi negatif dibuat terhadap jabatan itu yang didakwa seolah-olah menjadi punca berlakunya kemalangan tersebut.

“Perkara sebegini akan secara langsung mengganggu siasatan oleh pihak berkuasa dan menjejaskan reputasi serta nama baik jabatan yang selalu membantu dan bukan menyusahkan masyarakat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This