Majlis angkat sumpah barisan Exco Melaka dijangka Rabu

Dari Penulis

MAJLIS istiadat angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri Melaka dijangka dilangsungkan pada Rabu ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cadangan nama tersebut telah dibincang dan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

“Seperti yang saya janjikan saya telah melengkapkan senarai nama barisan exco dalam tempoh 48 jam.

“Senarai nama-nama yang dirundingkan telah diterima dan saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam selepas beliau pulang dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Katanya urusan pengumuman secara rasmi barisan exco tersebut akan diselesaikan sebelum keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Melaka Rabu ini.

Baca artikel berkaitan: Exco Melaka ikut acuan Kerajaan Perpaduan, disertai wakil BN, PH

Ditanya mengenai komposisi exco daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan serta diwujudkan semula jawatan timbalan exco beliau enggan mengulas dan menyatakan hal tersebut hanya akan diumumkan kemudian.

“Apa yang boleh saya katakan portfolio adalah cantik dan menarik. Jadi kita tunggulah pada Rabu ini,” katanya.

Terdahulu Ab Rauf, 62, tiba di Seri Negeri dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 7.30 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu pada 7.33 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Jumaat lalu selepas Datuk Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri ke-12.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This