KEJAYAAN besar diraih negara menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China merupakan hasil usaha kerjasama rentas kementerian yang dilaksanakan sebaik mungkin.
Perdana Menteri turut meluahkan rasa bersyukur dengan semangat kerjasama rentas kementerian yang disifatkannya bekerja sebagai satu pasukan.
Menurut beliau, perkara itu memberi keyakinan baharu terutama kepada pelabur apabila suasana politik yang stabil; memudahan proses perniagaan dan memberi ketetapan jelas bahawa harus ada kaedah baharu yang lebih cekap serta bersih.
Perdana Menteri berkata, usaha rentas kementerian itu terbukti menerusi kehadiran hampir 50 syarikat gergasi dalam satu program.
Beliau turut percaya masa depan negara akan lebih cerah sekiranya momentum tadbir urus, tata kelola dan imej baik dapat dikekalkan.
“Saya insaf kerana (kejayaan) ini bukan disebabkan seorang Perdana Menteri (tetapi) kerana pasukan pimpinan dan penjawat awam.
“Bagaimana penjawat awam menyusun acara mendapatkan kumpulan hampir 50 syarikat gergasi terbesar boleh hadir. Belum pernah berlaku di mana ada suatu minat dan kesediaan untuk berbincang dan berunding.
“Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja Kementerian Luar tetapi semua kementerian terkait yang berbincang dan menemui mereka sebelum pertemuan itu,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara – PM
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.
Sempena lawatan rasmi Anwar ke China itu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.
Sementara itu, Anwar memaklumkan, beberapa syarikat terkemuka China juga telah memutuskan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka.
Katanya, beliau akan mengumumkan perkara tersebut dalam tempoh terdekat.
Namun begitu, beliau berkata, kerajaan telah mengusulkan kepada syarikat tersebut untuk mengambil pekerja tempatan yang mempunyai kelayakan.
“Kalau dikenal pasti tidak punyai tenaga cukup, itu kita akan luluskan segera dengan syarat mereka buktikan ada usaha awal mengambil anak-anak tempatan.
“Jika tak punya kelayakan, mereka perlu adakan pasukan melatih. Dalam perbincangan saya dengan mereka, telah dipersetujui untuk mengadakan program latihan khusus untuk anak-anak tempatan dalam tempoh satu dua tahun sebelum sekiranya tidak ada, baru mereka buka ruang kepada pegawai atau profesional dari China,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

