Tip untuk membuat asam pedas yang sedap, tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing tumisannya. Selepas itu, barulah masukkan air dan masak sehingga kuah mendidih, barulah masukkan ekor lembu.
Untuk menghilangkan bau hanyir ekor ketika direbus, masukkan beberapa helai daun limau purut. Setelah daging lembut, angkat dan tuskan airnya. Buah keras antara rahsia kesedapan kuah asam pedas.

ASAM PEDAS EKOR
BAHAN
1 kg ekor lembu
3 ulas bawang putih – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
1 cm halia – kisar
2 cm lengkuas – kisar
2 cm kunyit – kisar
1 batang serai – kisar
2 biji buah keras
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar cili kisar
50 ml air asam jawa
2 helai daun limau purut
Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing.
- Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan air asam jawa, air rebusan ekor dan daun limau purut. Biarkan mendidih hingga pekat.
- Masukkan ekor, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan kacau hingga pekat. Angkat.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

