Episod 11 (2024) – Asam Pedas Ekor Resipi Chef Saffaat Pekat Likat, Wajib Cuba!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ekor lembu antara bahagian daging yang popular untuk memasak sup atau pun asam pedas. Ekor lembu mesti direbus terlebih dahulu untuk empukkan dagingnya. Lebih mudah rebus menggunaka periuk tekanan, cuma ambil masa dalam 20 minit untuk empukkan daging. Air rebusan ekor, jangan dibuang. Tetapi ada setengah orang tidak suka bau stok air rebusan daging yang terlalu kuat. Terpulang kepada untuk anda, mengikut cita rasa yang disukai.

ASAM PEDAS EKOR

BAHAN
300 gm ekor – rebus
6 sudu besar cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 biji bawang putih – kisar
2 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan
3 cm halia – kisar
5 cm lengkuas – kisar
2 biji tomato
4 tangkai bendi
1 batang terung
3 cm belacan – kisar
1 sudu udang kering – kisar
1 cawan air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam, Gula & Stok Ayam

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, belacan dan udang kering yang sudah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ekor dan tuangkan air secukupnya. Kacau rata. Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan biarkan ia mendidih.
  4. Selepas itu masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih lagi selama 5 minit. Sedia dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This