SEORANG kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan selepas terkunci di dalam kereta selamat 20 minit dekat Batu 9 Cheras, Kampung Sungai Raya, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.38 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berada di dalam kereta Perodua Myvi.
“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan selepas anggota bomba membuka kereta dengan menggunan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

