DURIAN runtuh! Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO, hari ini.
“Mesyuarat EXCO kerajaan negeri meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada 5,100 kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang sebagai tanda ingatan kepada mereka.
“Bantuan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan keseluruhan RM5.1 juta,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Muhammad Sanusi menambah, pembayaran akan dibuat pada 18 April ini bagi membolehkan kakitangan awam negeri membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan Kedah turut bersetuju membuat pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) sebagai ganti kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“Sebelum ini, kita guna JPKK, tetapi selepas dimansuhkan ia ditukar kepada JKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
“Jadi, kita ingin kekalkan JKKP tetapi tukar nama baharu kepada MKK sahaja.
“Ia akan membabitkan peruntukan tahunan berjumlah RM13.8 juta bagi membayar elaun kepada MKK ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

