Farid Kamil hanya sempat jumpa Muhammad enam jam sahaja

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah, Farid Kamil meluahkan bahawa dia hanya sempat meluangkan masa bersama anak lelakinya, Muhammad selama enam jam pada Sabtu lalu.

Katanya, pertemuan bersama anak sulungnya itu adalah daripada apa yang telah ditetapkan oleh peguam yang mewakili isterinya, Diana Danielle.

“Alhamdulillah Muhammad ceria (ketika bertemu), dalam enam jam.

“Ia hasil proses dan apa yang telah ditetapkan oleh peguam pihak sana (Diana Danielle) untuk perjumpaan tersebut dan ia berlangsung pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang sahaja,” katanya.

Farid, 42, berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Syariah Shah Alam selepas perbicaraan tuntutan hadanah, pagi ini.

Diana Danielle ketika hadir bagi perbicaraan tuntutan hadanah ketika ditemui di lobi Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pada Ahad lalu, Farid membuat perkongsian di Instagram Story sedang meluangkan masa bersama anak sulungnya di Masjid Negara.

Sebelum ini peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan anak guamnya mendapatkan hak jagaan interim ke atas dua cahaya mata mereka pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, tiada halangan sekiranya Farid ingin bertemu kedua-dua anaknya itu.

Farid turut memberitahu bahawa medium untuk berhubung dengan Diana dan anak-anaknya menjadi lebih terhad apabila nombor telefonnya disekat.

“Saya cuba buat panggilan kepada Diana dan anak-anak, tetapi disekat dan tidak berjawab, saya cuba WhatsApp juga tidak berbalas.

“Hanya di mahkamah sahaja lah masa yang ada untuk berjumpa,” luahnya.

Bagaimanapun Farid menegaskan bahawa dia akan terus berusaha untuk menyelamatkan keluarganya.

Menurut Farid, mereka sudah mengharungi pelbagai rintangan sepanjang tempoh sebelas tahun berumah tangga.

“Harapan untuk rumah tangga kami, saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This