Mahkamah lanjut hak hadanah interim kepada Diana Danielle sehingga 30 Mei depan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam hari ini melanjutkan hak penjagaan sementara dua orang anak kepada pelakon, Diana Danielle sehingga 30 Mei depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader selepas sebutan pertama hak hadanah atau hak penjagaan dua cahaya mata anak guamnya membabitkan Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, pagi ini.

Katanya, kedua-dua pihak peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan kemelut rumah tangga antara Diana dan Farid Kamil.

“Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi, kami ada proses sulh pada 11 April depan, tetapi sebelum itu, insya-Allah kami akan berbincang. Kami akan rekod jika ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana. Hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu bahawa sebutan semula bagi kes itu pada 30 Mei nanti adalah bagi memastikan proses berkaitan dokumentasi adalah sempurna.

Bagaimanapun, Fakhrul Azman menegaskan bahawa pihaknya akan cuba untuk menyelesaikan isu dan menyelamatkan rumah tangga sepertimana yang diarahkan oleh Farid.

“Kita akan cuba untuk selesaikan sebab arahan daripada Farid kepada saya adalah untuk menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak.

“Serta supaya anak-anak ini tidak terpisah dengan ibu atau bapanya. Itu lah niat anak guam saya sejak awal lagi. Selain daripada itu kita tidak akan ketengahkan,” ujarnya.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Alasan bintang Imaginur itu memfailkan penceraian tersebut adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap Diana.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This