SEORANG pemandu lori maut dalam kemalangan di Kilometer 32.6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan pada pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang dipandu mangsa dengan sebuah kenderaan tidak pasti.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Genting ke Gombak.
“Sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kenderaan.
“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang bagi bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

