Budak Somalia maut jatuh tingkat 5 kondo selepas balik mengaji

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki warga Somalia berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D. Saralathan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 7.49 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa tinggal di blok B bersama ibu yang juga warga Somalia dan telah pergi mengaji di blok A ketika kejadian.

“Selesai mengaji, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah telah turun ke tingkat lima di mana laluan terbabit menghubungkan blok A dan blok B.

“Mangsa dipercayai memanjat tingkap dan telah terjatuh selepas gagal keluar dari pintu yang memerlukan kad akses,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan di Blok B berhadapan sebuah kedai.

“Mangsa mengalami kecederaan di muka, kedua-dua tangan patah serta terdapat kesan darah keluar dari telinga.

“Mangsa lengkap berpakaian seluar panjang, baju lengan panjang serta memakai kasut dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” ujarnya.

Saralathan berkata, mangsa dan ibu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berada di Malaysia sejak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This