PKR: Tugas, tanggungjawab adalah amanah dengan matlamat bawa perubahan yang bermakna

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR mengingatkan ahli parti bahawa tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti dipikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna.

Dalam hantaran di Facebook hari ini sempena ulang tahun PKR yang ke-24 Anwar berkata parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat.

“Selalu saya ingatkan kepada semua bahawa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan,” katanya.

Menurut Anwar justeru hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

Beliau turut mengucapkan selamat ulang tahun PKR yang ke-24 kepada seluruh anggota dan pimpinan PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi Facebook beliau berkata PKR merupakan parti yang sentiasa memperjuangkan nasib semua lapisan rakyat tidak mengira agama, bangsa mahupun jantina.

“Semoga PKR terus maju dan kukuh demi Malaysia MADANI,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This