BANTUAN Khas Kewangan Aidilfitri akan disalurkan oleh kerajaan kepada 3.5 juta penerima pada 17 April ini membabitkan peruntukan RM1.572 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penerimanya terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.
Jelasnya, turut tersenarai ialah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.
“Penjawat awam akan menerima RM700 dengan peruntukan RM988 juta membabitkan 1.4 juta penerima manakala sejuta pesara kerajaan akan menerima RM350 dengan peruntukan RM350 juta,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: UNSC perlu pastikan Israel bertanggungjawab, desak pembebasan tahanan Palestin – PM
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN), hari ini.
Ahmad Maslan berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM170 juta kepada 850,000 pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan yang akan menerima sumbangan bantuan khas RM200 seorang.
Katanya, anggota RELA, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan bomba bakal menerima RM300 membabitkan 213,000 penerima dengan peruntukan berjumlah RM64 juta.
“Ini adalah bukti kerajaan prihatin dan sentiasa ingin membantu semua pihak dalam meringankan beban.
“Pembayaran akan mula dibuat 17 April ini sebelum Aidilfitri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

