Dua pekerja Bangladesh maut jengkaut terbalik

Dari Penulis

Dua lelaki warga Bangladesh yang mengendalikan jengkaut maut selepas jentera itu terbalik dipercayai akibat berlaku penggelongsoran tanah semasa menjalankan kerja di kawasan tapak kuari di Simpang Pulai di Ipoh, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu pada kira-kira 8.17 malam.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai yang tiba di tempat kejadian membuat kerja mengeluarkan mangsa-mangsa terperangkap menggunakan peralatan khas dan bantuan jengkaut pihak kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.55 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti mereka yang terlibat.

— BERNAMA

Thursday , 06 April 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This