SEORANG pengasuh wanita ditahan polis selepas dipercayai mendera dua kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun di sebuah kediaman dekat Seri Kembangan, Selangor, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Klang pada Selasa.
Beliau berkata, pengadu mendakwa telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian dera terbabit.
“Siasatan awal polis mendapati dua kanak-kanak tersebut telah dihantar ke rumah pengasuh yang juga kenalan ibu mangsa pada Mac 2022 kerana bekerja di Singapura.
“Pengadu berjaya mengesan ibu mangsa sebelum ibu mangsa meminta bantuan daripada seorang kawan untuk mengambil anak-anaknya bersama pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu dapati terdapat kesan lebam dan kesan dirotan pada badan mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan.
Anbalagan berkata, suspek seorang wanita India berusia 24 tahun ditahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Selaangor telah menerima makluman mengenai kejadian dan memantau kes terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

