KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi rawatan COVID-19 sebagai pencegahan prapendedahan kepada produk Evusheld.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang bersidang semalam.
Beliau berkata, produk Evusheld yang dikilangkan Astrazeneca AB di Sweden adalah untuk kegunaan dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
Dr Noor Hisham memaklumkan, Evusheld digunakan kepada individu yang berkemungkinan tidak memperolehi tindak balas imun mencukupi terhadap vaksinasi COVID-19.
“Selain itu, ia juga digunakan sebagai prapendedahan kepada individu yang tidak disyorkan vaksinasi COVID-19.
Baca artikel berkaitan: KKM pastikan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ditubuh
“Sebagai rawatan, Evusheld digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, penggunaan produk Evusheld itu adalah berdasarkan garis panduan klinik dikeluarkan KKM.
Jelas beliau, KKM sebelum ini telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk tersebut pada mesyuarat PBKD ke-372.
“Adalah dimaklumkan bahawa status pendaftaran bersyarat tersebut masih kekal dan kelulusan baharu ini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan COVID-19.
“KKM terus komited mempertingkatkan akses rakyat Malaysia kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan COVID-19 di Malaysia dengan memastikan ia dinilai sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

