Laung azan maghrib awal dua minit, Masjid Jame’ Badlishah Yan mohon maaf

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGURUSAN Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan di Kedah membuat permohonan maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum waktu sebenar.

Timbalan Pengerusi Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, Ahmad Nasir berkata, kejadian tersebut berlaku pada 30 Mac lalu bersamaan hari Khamis, 8 Ramadan.

Menurut beliau, kesilapan tersebut berpunca akibat masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid tersebut.

“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Khamis, 8 Ramadan 1444 H bersamaan 30 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan bertarikh 1 April lalu.

Baca artikel berkaitan: Tersilap laung azan maghrib awal, kariah perlu ganti puasa

Sehubungan itu, Ahmad memaklumkan, jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan maghrib dari masjid tersebut untuk berbuka puasa bermakna puasanya terbatal dan perlu diganti atau diqada’.

Kata beliau, ia selaras dengan pandangan jumhur ulama daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai dalam kalangan Hanbali yang menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada’.

“Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.

“Pihak masjid sekali lagi memohon maaf atas kesilapan dan kesulitan yang berlaku. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This