Permohonan pengampunan Najib: UMNO guna desakan politik

Dari Penulis

LANGKAH untuk melakukan permohonan pengampunan penuh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilihat sebagai satu desakan politik.

Begitupun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu mempertimbangkan permohonan itu.

Jelas beliau, permohonan pengampunan mempunyai proses dan prosedur tertentu dan semua pihak boleh melakukannya.

“Isu memohon pengampunan, ia ada proses dan prosedur tertentu. Setahu saya siapa pun boleh memohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik.

“Terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu pertimbang perkara itu atau tidak,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca lagi: Usaha UMNO mohon pengampunan Najib harus dihormati

Terdahulu, MKT UMNO yang bermesyuarat semalam memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja Najib, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh komen kerana perkara itu bersandarkan perlembagaan undang-undang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This