Pemandu Myvi patah tangan kemalangan dengan lori di MRR2

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera akibat tersepit selepas terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.32 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Bandar Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Mohd Fakhrusy Syakirin Mamat tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seorang lelaki Melayu didapati tersepit di tempat duduk kereta Perodua Myvi dan patah tangan kiri.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 1.11 petang dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan ambulans.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This