Pemandu lori perabot maut langgar treler besi buruk di Karak

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori maut dalam kemalangan dua buah lori di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan pada pukul 5.50 pagi itu melibatkan sebuah lori bermuatan perabot yang dipandu mangsa dan sebuah lori treler bawa besi buruk.

Beliau berkata, siasatan berdasarkan kesan kerosakan mendapati lori yang dipandu mangsa dari arah Setapak ke Jerteh telah hilang kawalan semasa menuruni bukit di lokasi kejadian.

“Ekoran itu, mangsa telah melanggar belakang lori treler yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia manakala pemandu treler berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaiham berkata, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This