TIGA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan bergaduh di Bangsar Village, Jalan Telawi pada Mac 2021 hingga menyebabkan seorang lelaki maut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menangkap sembilan suspek warga tempatan berusia 24 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
“Timbalan Pendakwaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan tuduh terhadap tiga suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, semalam.
“Manakala enam lagi suspek yang ditangkap telah dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 13 Mac 2021, polis menerima laporan memaklumkan dua lelaki cedera parah selepas pergi ke Jalan Telawi untuk minum minuman keras.
Amihizam berkata, mangsa telah terjumpa dengan suspek dan berlaku pergaduhan ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta.
“Mangsa berusia 28 tahun dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
“Manakala rakannya berusia 30 tahun mengalami cedera parah di muka dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, motif kejadian dipercayai kerana wujud dendam lama antara mangsa dan suspek.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

